Saturday, May 23, 2015

HADITH BUHAIRA BERTEMU NABI DI SHAM

Soalan : Mohon ustaz ulas hadis kisah Nabi saw semasa kecil bertemu dengan Bahira di Sham bersama Abu Tolib. Dikatakan cerita ini tidak sahih.
Jawapan : Cerita ini disebut oleh Imam Tirmidzi. Daripada Abdar Rahman Ibn Ghazawan. Beliau ini seorang Perawi yang Thiqah. Hanya apabila beliau bertafarrud, maka para ulama hadis berhati-hati mengambil riwayat daripadanya.
Kisah di mana ketika Nabi saw pergi ke Sham dalam perjalanan awan memayungi baginda.  Bertemu dengan Bahira di Busyra lalu Bahira beri peringatan kepada datuknya supaya jangan bawa masuk ke Sham keran jika tidak Ahli Kitab akan membunuh baginda.  Labu Abu Tolib suruh Nbai balik. Tak jadi masuk ke Sham.  
Kisah tersebut masyhur di sebut oleh ramai ulama-ulama  Sirah. Tetapi kisah ini lemah dari sudut Sanad nya. Kerana Abdur Rahman bi Ghazawan telah bertafarrud/bersendiri dalam riwayat tersebut.  Bersendiri maksudnya beliau meriwayatkan hadis seorang diri yang menyebabkan periwayatan tersebut tidak berapa kuat. Bahkan bukan sekadar sanad yang tidak kuat, meskipun ramai ulama-ulama Sirah sebut kisah ini, sebelum dari kenabian nabi, tetapi ramai Muhaqqiqin atau ulama-ulama hadis yang membuat penilaian semula hadis tersebut  mengatakan bahawa kisah ini tidak sahih bahkan bercanggah dengan fakta sejarah dan bercanggah dengan akal. Bukan semata-mata kerana sanadnya yang tidak kuat. Matan atau text hadis yang lemah dan bercanggah dengan fakta sejarah.  Sesuai dengan kata-tak Ibn Qayim; Kesahihan sanad tidak mewajibkan kesahihan Matan.  (Syarat untuk sahihkan Matan mestilah sahih Sanad tetapi Kesahihan Sanad tidak mewajibkan kesahihan Matan).
Pengkritik-pengkritik hadis ini :
1.       Imam Ad Dzahabi di dalam Tarikhul Islam (Seorang ulama besar).
Beliau mengatakan bahawa kisah ini bercanggah dengan fakta sejarah. Antaranya ialah :
a)      Kisah ini menyebutkan bahawa Nabi dipayungi oleh awan. Bahira menyaksikan hal ini dari atas gereja lalu berkata; Bahawa bukan calang-calang orang yang ada dalam rombongan itu kerana awan ikut mereka berjalan.  Dalam riwayat tersebut menyebutkan bahawa ketika rombongan tersebut kepenatan, mereka pun  berhenti rehat seketika.  Ketika itu ada sebatang pokok berhampiran mereka menjulurkan dahannya untuk meneduhkan nabi saw.  Imam Ad Dzahabi berkata, tidak logik pokok tersebut beri teduhan sedangkan awan telah pun meneduhkan. Dikatakan pokok tersebut berada di Jordan iaitu di Mafrah. Ramai orang berziarah dan  ikat tali pada pokok tersebut. Bahkan Al marhum Sheikh Al Bouti juga pernah pergi ziarah dikatakan itulah pokoknya. Bila dikatakan kisah ini tidak sahih ada di kalangan pelajar-pelajar Jordan yang marah. Ketaasuban terhadap kisah ini sehingga mereka menggelarkan pokok tersebut sebagai ‘The Living Sohabi’.  Akhir-akhir ini terdapat sekumpulan ahli sains yang berkunjung ke pokok tersebut untuk buat kajian usia pokok tersebut. Mereka dapati usia pokok tersebut baru menjangkau 400 tahun sahaja.  Sekiranya mereka mendakwa pokok itu pokok nabi sudah tentu usianya sudah menjangkau 1400 tahun lebih. Terbukti keyakinan mereka berasaskan dusta!  Pokok tersebut kelihatannya pelik kerana duduk di tengah-tengah padang pasir. Mungkin kerana itu ramai yang berbuat syirik dengan membayar hajat masing-masing. (BAYAR HAJAT???)                
Kredit kepada Imam Ad Dzahabi kerana beliau yang mengkritik kisah tersebut.    

b)      Ketika tiba di Sham, Bahira menyuruh Nabi pulang kerana Bahira lihat di belakang nabi ada Tanda Kenabian. Lalu Bahira bertanya siapa ayah nya? Abu Tolib jawab ‘akulah ayahnya’. Bahira berkata ‘tidak mungkin dia ada bapa kerana Nabi itu anak yatim’ . Lalu Abi Tolib berkata, aku ini bapa saudaranya dan dia anak saudara ku. Bahira menyuruh nabi pulang semula keran katanya sekiranya Ahli Kitab melihatnya nescaya dia akan dibunuh oleh mereka. Rombongan tersebut pula adalah ROMBONGAN ASHYAKHU QURAISH!(Rmbongan Pembesar-Pembesar Quraish)  Bererti para pembesar yang ikut serta rombongan tersebut melihat sama Tanda Kebesaran Nabi!   Soalannya, mengapa selepas daripada nabi dibangkitkan menjadi Rasul, baginda tidak pernah bangkitkan kisah ini di hadapan pembesar-pembesar Quraish???Mengapa nabi tak pernah cakap pada orang-orang Quraish peristiwa pergi ke Sham ini seandainya kisah ini benar? Mengapa nabi saw biarkan saja orang-orang Quraish menuduhnya pembohong dan gila apabila baginda mengatakan baginda diutus oleh Allah sebagai rasul? Kata Ad Dzahabi Nabi langsung tidak pernah bangkitkan isu ini. Manakala Abi Tolib hantar Nabi pulang kerana percayakan kenabian baginda saw. Solannya kenapakan beliau tidak mahu beriman??  Bahira juga larang nabi masuk ke Sham kerana ditahuti Ahli Kitab akan membunuh nabi. Sewaktu baginda berniaga harta Khadijah baginda masuk ke Sham membawa barang-barang dagangan Khadijah. Kenapa pula Abi Tolib tidak melarang??  Dalam kisah ini juga, Bahira suruh Abil Tolib hantar nabi bali tapi Abi Tolib enggan. Setelah dipujuk oleh Bahria berulang kali barulah Abi Tolib bersetuju. Lalu dibekalkan makanan iaitu minyak dan roti untuk dibawak pulang. Lalu Saidina Abu Bakar mengutus Saidina Bilal untuk menemani nabi balik.
c)       Ibn Qaiyim dalam Kitab Zaadul Maad berkata : Sewaktu peristiwa tersebut berlaku, Bilal belum ada lagi. Fakta sejarah sewaktu iktu Bilal belum lagi lahir. Sekira dia dah lahie sekalipun Bilal belum lagi berada di bawah jagaan Abu Bakar dan belum lagi Islam.


Kesimpulannya Kisah ini bermasaalah dari sudut Sanad dan Matan hadis. Maka ia tidak Sohih.